Sunday 25 November 2012

TIPS UNTUK GURU DAN PELAJAR


BAGAIMANA MENGHASILKAN KARANGAN YANG CEMERLANG




Banyakkan membaca bahan bacaan tambahan seperti buku cerita dan akhbar.

Menggunakan kosa kata yang meluas dan imbuhan yang pelbagai.

Menggunakan ayat yang gramatis.

Membaca ARAHAN atau KEHENDAK soalan.

Karangan yang ditulis mestilah ada kesinambungan cerita dan isi.

Setelah siap mengarang, semak semula penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan sebagainya.

SELAMAT BERJAYA


***************************************************

PENULISAN UNTUK SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN A

BAGAIMANA MEMAHAMI DAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT




Memahami gambar atau bahan rangsangan.

Memahami idea keseluruhan gambar atau bahan.

Mengenalpasti aktiviti atau perkara yang digambarkan.

Binalah ayat yang lengkap dan gramatis.

Menamakan watak yang terdapat dalam gambar.

Nomborkan ayat yang sudah dibina.

Semak semula ayat-ayat yang sudah siap dibina. Pastikan ejaan, penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca tiada keslahan.

TAMAT
*********************************************************************************************************

BAHAGIAN B

KARANGAN BERFORMAT / TIDAK BERFORMAT


Calon hanya perlu menjawab 1daripada 3 soalan.

Baca soalan sebelum memilih tajuk karangan.

Calon perlu memulih soalan yang benar-benar dikuasai agar karangan tidak terpesong.

Pastikan anda tahu sama ada karangan berformat atau tidak.

Calon perlu mencari "kata kunci" bagi setiap soalan.

Sediakan rangka karanga sebelum menulis.

Karangan mesti mempunyai pendahuluan, perenggan-perenggan isi dan perenggan penutup.

Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang tajuk.

Perenggan isi mempunyai 4 perenggan yang mengandungi isi utama, huraian dan contoh.

Penutup pula ialah kesimpulan keseluruhan isi atau tajuk yang berkaitan.

Setelah selesai menulis semaklah karanga kamu.

TAMAT

******************************************************************************

BAHAGIAN C

MEMAHAMI DAN MENGULAS


Kebiasaannya petikan pendek akan diberikan sama ada petikan biasa, pantun, sajak atau sebagainya.


Murid dikehendaki memberikan contoh nilai murni, pengajaran atau amalan baik yang boleh diperolehi daripada petikan.

Murid mestilah membaca ARAHAN terlebih dahulu.

Gunakan penanda wacana dab bahasa yang mudah dan tepat.

Masa dicadangkan ialah 20 minit dengan peruntukan markah 20 markah.

Murid hanya perlu menulis di dalam SATU perenggan sahaja.

TAMAT

MUTIARA KATA


BENIH YANG BAIK KERANA KEMULIAAN SIFAT RAJINNYA,

JATUH KE LAUT MENJADI PULAULAH JUA.


MAKSUDNYA,

ORANG YANG MULIA, 
AKAN TETAP DIMULIAKAN WALAUPUN DIMANA BELIAU BERADA.

Saturday 24 November 2012

WAHAI INSAN BERGELAR GURU


RENUNGKAN SEJENAK....



Suatu masa dulu,
insan bergelar guru,
tempatnya mulia,
disanjung penuh hormat,
tanpa ada cacat cela,
walau dimamah usia.

Suatu masa dulu,
insan bergelar pendidik,
sering dibangga, dipuja,
hingga hujung nyawa,
terus diperkata,
segala jasanya.

Namun hari ini,
semakin ramai yang alpa,
pada jasa dan baktinya,
pada murni pengorbanannya,
buatmu insan penuh berilmu.

Alangkah sedihnya.....
wahai nasibmu guru,
setelah jerih fikir dan kesungguhanmu,
mengalir bagai air lalu....