Saturday 24 November 2012

WAHAI INSAN BERGELAR GURU


RENUNGKAN SEJENAK....



Suatu masa dulu,
insan bergelar guru,
tempatnya mulia,
disanjung penuh hormat,
tanpa ada cacat cela,
walau dimamah usia.

Suatu masa dulu,
insan bergelar pendidik,
sering dibangga, dipuja,
hingga hujung nyawa,
terus diperkata,
segala jasanya.

Namun hari ini,
semakin ramai yang alpa,
pada jasa dan baktinya,
pada murni pengorbanannya,
buatmu insan penuh berilmu.

Alangkah sedihnya.....
wahai nasibmu guru,
setelah jerih fikir dan kesungguhanmu,
mengalir bagai air lalu....



1 comment:

  1. Tahniah,blog yg bagus dan menarik kerana banyak memberi manfaat khususnya kepada para pendidik.

    ReplyDelete