Cadangan Aktiviti


Cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran.

1. Guru perdengarkan lagu ‘ Kasihnya ibu’ dan bersoal-jawab tentang cara mereka menghargai jasa ibu bapa. Untuk lihat senikata dan dengar lagu KLIK DI SINI

2. Beberapa orang murid diminta membaca teks “Jasa Ayah” secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk lihat teks KLIK DISINI 

3. Murid menyebut perkataan yang dicetak berwarna dan mencari maksudnya dalam kamus.
    Cadangan jawapan:
·         menyambut     -           meraikan
·         ilham               -           sesuatu yang menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta
                                    untuk menghasilkan sesuatu.
·         Bersempena     -           mengambil berkat
·         Mengagumi     -           berasa amat tertarik
·         Tabah              -           cekal
·         Menghargai     -           member penghormatan
·         Kempen           -           usaha yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat umum
                                    untuk mendapat sokongan terhadap sesuatu maklumat

4.  Guru meminta murid membina ayat dengan perkataan tersebut secara lisan.

5.  Guru berbincang dengan murid maksud perumpamaan yang terdapat dalam teks

 Cadangan jawapan:
Maksud perumpamaan ‘bagai menatang minyak yang penuh’ ialah sesuatu yang sangat dikasihi dan dijaga dengan sempurna.

6. Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan dan bertulis. Guru membimbing murid
    menjawab soalan dengan betul. 

Cadangan jawapan untuk soalan lisan
·         Hari Bapa mula-mula disambut pada 19 Jun 1910.
·         Persiapan yang akan saya lakukan ialah:
ü  Menyediakan sekeping kad untuk bapa
ü  Membeli hadiah untuk bapa
ü  Memberitahu anggota keluarga yang lain untuk sama-sama menyambut Hari Bapa.
ü  Meminta ibu menyediakan makanan yang istimewa untuk dinikmati oleh seluruh anggota keluarga.
·         Hari Bapa wajar disambut untuk menghargai jasa bapa.
Untuk lihat soalan KLIK DISINI
 
7. Guru merumuskan isi pelajaran an nilai murni.






No comments:

Post a Comment